"Sah ke wuduk dia(wanita berpurdah),bukan ke dia pakai celak?Mana tau kot2 dia pakai celak kalis air ke.....Lagi satu,apa hukum dia lelaki dan perempuan yang pakai celak?"
Dapat dilihat terdapat 3 persoalan yang dikemukakan,iaitu:
1.Adakah sah mengambil wuduk jika memakai celak?
2.Adakah sah wuduk yang diambil jika celak yang digunakan adalah celak kalis air?
3.Apakah hukum pemakaian celak bagi lelaki dan perempuan?
Terdapat banyak pendapat mengenai bercelak,pendapat yang pertama diperoleh dari
Ibnu Majah,yang meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain pula diperoleh dari Ibnu Abbas,bahawa : Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
Lihat pula pada faedah bercelak seperti mana yang disebut dalam At Tibbun,mencelak mata mendatangkan beberapa faedah iaitu:
1.Menyihatkan mata
2.Menguatkan dan membersihkan(menerangkan) pandangan
3.Menghilangkan penyakit mata
4.Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Berbalik pula kepada soalan yang pertama iaitu adakah sah mengambil wuduk jika memakai celak?
Perihal yang berkenaan sah atau tidak wuduk itu,bergantung kepada jenis celak yang dipakai.jika celak yang digunakan adalah dari jenis yang kalis air maka sudah pastinya wuduk itu menjadi tidak sah,kerana Syarat sah wuduk adalah meratakan air ke seluruh kulit(anggota wajib untuk sah wuduk dan wajah itu salah satunya) ,yang didalamnya termasuk kelopak mata.
Apabila wuduk tidak sah, maka solat pun ikut sama tidak sah.Dilihat pada permasalahan,jika terpaksa menggunakan remover liquid baru celak yang dipakai itu hilang,maka sudah jelas wuduk itu tidak sah selagi celak tersebut tidak ditanggalkan dengan jelas dan tanpa was-was.Maka dinasihatkan elakkan dari menggunakan produk yang boleh mendatangkan was-was dan pilihlah celak yang diyakini halal kandungan dan tidak mengandungi bahan syubhah.Ismit mekah adalah contoh terbaik yang boleh digunakan.
*Demikian dari jawapan yang dikemukakan maka persoalan 1&2 telah dijawab namun rujuklah pada mereka yang lebih berilmu sebelum berpegang pada jawapan ini kerana dikhuatiri kesilapan penyampaian ilmu mengundang pada perkara yang syubhah.
Jawapan pada persoalan ke-3 iaitu apakah hukum pemakaian celak bagi lelaki dan perempuan?
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita
bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah
digalakkan dan sunat pula hukumnya (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan
untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.
Ini pula adalah jawapan yang dibawa dari Ustaz Azhar Idrus:
Ini pula adalah jawapan yang dibawa dari Ustaz Azhar Idrus:
Hukum memakai celak
mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan
perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi
dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah
menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada
larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh
hukumnya.Perlu di ingatkan
bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak
tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang
banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah
kepada kaum lelaki.
Ringkasnya:-
Harus bagi wanita muslimah memakai
celak mata ketika keluar rumah kerana ia termasuk dalam perhiasan zahir
yang diharuskan penggunaannya. Bahkan di sana terdapat hadith-hadith
yang mengharuskan kaum lelaki dan wanita memakai celak mata ketika
melakukan ibadat ihram kecuali celak mata berwarna sahaja dimakruhkan
ketika ihram.